Alhamdulillah selesai sudah program seminar IMKK (Insentif Magnet Kekayaan & Kejayaan). Pengalaman yang sangat berharga bagi saya di mana saya tidak pernah merasai nya dekat program2 yg lain. Ianya sangatlah menusuk kalbu dan menyentuh hati setiap peserta sehinggakan kami sanggup berada di dalam dewan selama 16 jam sehari.
Ok...cerita die macam ni..saya telah beberapa kali ingin menyertai program ini namun atas kesempitan wang saya tangguhkan hasrat saya. Sehinggalah pada awal February yg lalu, Allah mengizinkan saya untuk bersama 4000 lagi peserta untuk hadir ke seminar IMKK di IDCC pada 4-6 mac 2016.
Ok mari saya ceritakan serba sedikit tentang seminar tersebut. Mana maunye nk cerita semua kan so datanglah ke seminar IMKK kalau nk tau dan merasai kehebatan seminar tersebut. Program ini berkenaan bagaimana membersihkan jiwa, mendidik hati kita, menjaga hubungan dgn pencipta yaitu Allah dan juga sesama manusia. Semua perkara tersebut sangat berhubung kait dengan rezeki, kekayaan dan kejayaan kita. Sebagai contoh, bagaimana kita nak naik gaji kalau kita x jaga performance dgn bos kita? Bagaimana mak ayah nk dapat bg duit kalau kita asyik bergaduh dgn mereka, x dengr cakap? begitu juga hubungan kita dgn Allah...
Perkara yg paling saya tertarik dlm program ini adalah bagaimana cara kita berdoa. Sebenarnya cara sy berdoa slama ini salah. Dlm berdoa kita kena betul2 jelas semasa berdoa..Contohnya Ya Allah berikan aku kereta Ferrari, berikan aku rumah banglo RM5 juta dan sebagainya.
Akhir Sekali, apa yg nk saya kongsikan ialah "the power of sedekah". Yakinlah bahawa apa yg kita sedekahkan Allah akan menggantikan dgn 10x ganda. "More u give, u will get more"
Apa yg sy tulis ini hanyalah 0.0001% dri apa yg dikongsikan pada program IMKK. Jadi sekadar ini sahaja entry saya pada mlm ini..Semoga kit berjumpa lg pada entry2 yg akan datang...Inshaa Allah
#IMKK
#IMKKMAC2016
#DrAzizanOsman
#IDCC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan